Site icon Kool FM

Facebook Tutup ‘Group Koleksi Mak Buyung’, Tempat Lelaki Malaysia Kongsi Gambar Wanita Hamil




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Facebook telah menutup satu kumpulan dengan nama Koleksi Mak Buyung yang berasal dari Malaysia. Siasatan dalaman mendapati bahawa kumpulan yang disertai oleh 5,000 ahli tersebut berkongsi puluhan gambar wanita hamil yang tidak ditapis sehingga digunakan untuk aktiviti tidak bermoral.

Menurut laporan berita Vice World News, kumpulan Facebook tersebut diuruskan oleh enam pentadbir dan kebanyakan ahli mereka adalah lelaki tempatan yang mempunyai imaginasi seksual dengan perempuan yang mengandung. Komen berbentuk seksual juga turut berlaku pada gambar wanita hamil yang diambil ketika mereka bertudung dan berada di tempat awam.

Antara komen yang dicatatkan adalah sebahagian lelaki turut menggalakkan lelaki lain untuk ‘mencabul’ wanita hamil dengan alasan bahawa lelaki juga mempunyai keinginan seksual. Seorang lelaki dengan gambar profilnya bersama anak turut akui bahawa dia menggunakan gambar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version