Isu perasmian majlis sekolah masih berlarutan apabila pempengaruh dan usahawan, Muhammad Faiz Aizif, meluahkan rasa tidak puas hati selepas dihina sebagai tidak layak hanya kerana mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Apa Salah Saya? Saya Bukan Penjenayah’ – Faiz Aizif
Artikel Berkaitan: JPN Kedah Siasat Pempengaruh Media Sosial Rasmi Majlis Anugerah Akademik
Terkilan

Faiz, atau lebih dikenali sebagai Faiz Soul, kemudian mempersoalkan sama ada dirinya dihina hanya kerana memiliki SPM tanpa sebarang kelulusan lain.
Saya dihina tidak layak rasmi sekolah sebab berbekalkan SPM, tiada ijazah. Persoalan saya, hina sangatkah yang ada SPM?
Berapa banyak sumbangan yang ada ijazah kepada sekolah?
Bagaimanapun, Faiz berkata walaupun kelulusannya tidak setinggi orang lain namun dia masih mampu menggajikan individu yang mempunyai kelulusan ijazah.
Saya mungkin tiada ijazah tetapi sekurang-kurangnya saya mampu gajikan pekerja yang ada ijazah dan sijil…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: