Bekas beregu nombor satu dunia, Fajar Alfian tanpa berselindung mengakui beregu lelaki Malaysia selepas ini akan meningkat ke tahap lebih tinggi.
Hal ini kerana Malaysia baharu sahaja mengumumkan pelantikan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih bagi sektor beregu lelaki bagi menggantikan Tan Bin Shen.
Baca Juga:
Kepakaran Herry dalam melahirkan pemain-pemain berkelas dunia memang tidak perlu untuk diperkatakan, apatah lagi beliau cukup kaya dengan pengalaman.
Sebagai bekas anak didik yang pernah mengecapi nikmat selaku juara dua kali All England hingga berjaya menduduki ranking nombor satu dunia bersama Muhammad Rian Ardianto, Fajar melihat kepakaran Herry Iman akan memberikan impak positif buat Malaysia.
“Kami sangat berterima kasih kepada Herry yang telah mendidik kami dari 2017 hingga 2023. Dia adalah alasan di sebalik kejayaan kami.”
“Kami sangat yakin dia dapat membantu skuad beregu lelaki Malaysia naik ke tahap lebih tinggi,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
