PETALING JAYA – Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru) melalui anak syarikat milik penuhnya, Fajarbaru Builder Sdn. Bhd. (FBSB) bersama-sama Avionics Pty Ltd (APL), telah memperoleh Fasa Penghantaran (Kerja Awal) kontrak daripada Jabatan Pertahanan Australia, dengan bahagian kontrak Kumpulan bernilai RM11.04 juta.
Anugerah ini memperluaskan lagi penglibatan Fajarbaru dalam reka bentuk dan pembinaan projek infrastruktur untuk membangunkan semula kemudahan ketenteraan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang.
Sebelum ini, FBSB dan APL telah dianugerahkan Kontrak Utama (Antarabangsa) Dua Fasa daripada Jabatan Pertahanan Australia, untuk membangunkan semula kemudahan pajakan Australia dan kemudahan Malaysia di TUDM Butterworth.
Melalui anugerah terbaharu ini, jumlah nilai kerja Fajarbaru untuk projek itu kini berjumlah RM23.34 juta setakat 15 Mac 2024.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Tan Sri Chan Kong Choy berkata,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: