Site icon Kool FM

Fajarbaru dianugerah kontrak RM13.33 juta daripada Malaysia Airports


PETALING JAYA – Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru) telah dianugerahkan kontrak bernilai RM13.33 juta daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) untuk projek menambah baik dan menaik taraf sistem kejuruteraan kebakaran di Terminal 1  Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Susulan itu, anak syarikat milik penuh Kumpulan, Fajarbaru Builder Sdn Bhd (FBSB) telah menerima surat anugerah daripada Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. untuk kontrak itu.

Kontrak tersebut akan membabitkan penambahbaikan dan menaik taraf sistem kejuruteraan kebakaran, berserta dengan kerja-kerja lain yang berkaitan, di Bangunan Satelit Sedia Ada, Terminal 1 KLIA.

Kontrak itu akan bermula pada 22 April 2024 dan dijadualkan siap pada 21 Mac 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Datuk Seri Eric Kuan Khian Leng berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Fajarbaru telah dianugerahkan kontrak daripada Malaysia Airports, salah satu kumpulan pengendali lapangan terbang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version