Site icon Kool FM

Fajarbaru mahu peroleh lebih banyak projek pembinaan


PETALING JAYA – Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru) berkeyakinan untuk meneruskan pembinaan lebih banyak projek pada tahun ini dan berharap dapat menjadi sebuah syarikat pembinaan yang paling bernilai dalam pasaran.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Chan Kong Choy berkata,  pihaknya juga berhasrat untuk terus mencipta nilai pegangan saham untuk pemegang kepentingannya.

“Kumpulan kini berada pada kedudukan kewangan yang kukuh,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Fajarbaru adalah  sebuah syarikat pemegangan pelaburan dengan anak-anak syarikatnya yang terlibat terutamanya dalam pembinaan, pembangunan hartanah, pembalakan dan perdagangan kayu dan perniagaan perladangan terutamanya di Malaysia dan Australia.

Kumpulan melalui anak syarikat milik penuhnya Fajarbaru Builder Sdn. Bhd. telah memenangi kontrak pembinaan melalui pelaksanaan tender, untuk tiga blok kondominium bernilai RM310.54 juta daripada anak syarikat tidak langsung WCT Holdings…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version