PETALING JAYA – Fajarbaru Builder Group Berhad (Fajarbaru) telah berjaya meraih kontrak utama dalam tempoh kurang dua bulan selepas menerima kontrak pembinaan daripada WCT Holdings Berhad bulan lalu.
Projek tersebut diperoleh menerusi anak syarikat milik penuhnya, Fajarbaru Builder Sdn. Bhd., Kumpulan telah menerima surat anugerah daripada Penang Development Corporation (PDC).
Projek itu adalah untuk membina tiga blok pangsapuri kos rendah dan sederhana di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Tan Sri Chan Kong Choy berkata, projek yang bernilai RM125.3 juta itu adalah untuk fasa empat projek pembangunan bercampur yang terdiri daripada dua puluh lima fasa.
Fasa empat terdiri daripada satu blok pangsapuri kos rendah dan sederhana 12 tingkat (149 unit); satu blok pangsapuri kos sederhana 14 tingkat Jenis A (149 unit); satu blok pangsapuri kos sederhana 19 tingkat Jenis B (222 unit), lima unit lot kedai dan satu blok dua tingkat bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: