
PUTRAJAYA – Kolej Universiti Inovatif (IUC) dan YEG Academy yang menubuhkan Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah kini menjadi salah sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini yang menawarkan program yang lengkap dan komprehensif meliputi daripada peringkat sijil hingga program sarjana.
Dekan, Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah YEG Academy, Mohamad Fikri Hasbi berkata, inisiatif ini menunjukkan betapa seriusnya bagi pihak kedua-dua kolej untuk memenuhi keperluan industri yang kini semakin berdaya saing dan berpotensi.
Menurut beliau, graduan daripada program ini akan tertumpu kepada pembangunan ilmu, kemahiran dan pengurusan meliputi pelbagai aspek seperti ibadah haji dan umrah, logistik, hospitaliti, ekonomi serta pengurusan pelancongan Islam.
Jelasnya, melalui gabungan akademik dan latihan industri yang seimbang, fakulti ini menyediakan landasan kukuh untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
