Semalam, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan penyebaran ‘surat layang’ yang dihantar menerusi email mengenai isu salah laku dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga membabitkan pasukan Harimau Malaya.
Email tersebut turut dihantar kepada pihak media oleh seorang pengirim yang tidak diketahui identiti sebenar dan menggunakan nama UltrasFAM.
Baca Juga:

Empat perkara utama yang dibangkitkan dalam email tersebut ialah penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, isu gaji yang melibatkan pekerja FAM, isu pasukan kebangsaan dan projek pusat latihan.
Bagaimanapun, Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail menegaskan semua dakwaan yang ditulis dalam email tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Beliau menyifatkan kesemua dakwaan sengaja ditimbulkan kerana faktor tidak puas hati, dendam dan dengki.
“Bagi saya tuduhan-tuduhan itu tidak benar kerana setiap keputusan sama ada yang besar ataupun kecil kita buat dalam mesyuarat exco di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: