Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berpuas hati dengan pengendalian VAR yang dilakukan oleh pengadil VAR dalam saingan Liga Malaysia.
Musim ini adalah musim pertama Liga M menggunakan VAR. Dan FAM menyifatkan markah untuk pengadil VAR sebagai cemerlang.
Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram menyatakan bahawa setakat ini sudah 80 perlawanan Liga Malaysia musim 2024/25 menggunakan VAR.
Dan pengadil VAR Liga Malaysia berjaya mengikut garis panduan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), bilangan ‘On-field Review’ (OFR) dan masa tambahan ‘VAR Review’ di Liga M kini berada di paras yang sangat rendah.
Ini membuktikan kecekapan pengendalian VAR di Malaysia, tegas beliau.
“Purata ‘On-field Review’ adalah 0.57 ‘per match’ dan jumlah masa tambahan yang diguna untuk ‘VAR Review’ adalah 2.27m ‘per match’,” kata…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: