Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menggantung Perlis FA selepas badan itu masih gagal untuk melunaskan tunggakan gaji kepada bekas pemain dan pegawai pasukan.
Keputusan tersebut dicapai ketika Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang berlangsung hari ini dimana mereka menggantung Perlis FA daripada menjadi Ahli Gabungan FAM sehingga PFA membuat pembayaran penuh seperti yang diarahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Baca Juga:
Ia susulan kegagalan PFA mematuhi arahan dikeluarkan FIFA untuk membayar gaji tertunggak dan pampasan kontrak yang dituntut oleh bekas Pengarah Bola Sepak PFA, Matt Holland sepertimana keputusan yang telah dikeluarkan oleh FIFA pada 4 Disember 2019.
Siaran Media: Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Ke-13 Bagi Penggal 2021-2025
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Tan Sri Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin ini berlangsung di Wisma FAM.
▶️ Baca penuh di
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
