Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghormati keputusan dibuat Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub yang meletakkan jawatan sebagai presiden badan induk bola sepak negara tersebut.
Menang tanpa bertanding ketika Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM penggal 2025-2029 pada Januari lalu, Joehari bagaimanapun menghantar surat peletakan jawatan baru-baru ini.
Menurut beberapa sumber, beliau memilih untuk meninggalkan FAM atas faktor kesihatan dan kini jawatan tersebut dipangku oleh Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkuat kuasa serta-merta.
FAM & Joehari Berpisah
“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan rasa berat hati mengesahkan bahawa Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub telah menghantar surat peletakan jawatan beliau sebagai Presiden FAM, baru-baru ini.”
“Sehubungan itu, Jawatankuasa Eksekutif FAM dipanggil untuk Mesyuarat Khas Kedua Penggal 2025-2029, hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
