Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bercadang mengambil pemain naturalisasi bagi memperkuatkan pasukan bola sepak wanita negara pada masa yang akan datang.
Perkembangan itu didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob yang tidak menolak kemungkinan mengikut jejak langkah skuad lelaki yang mengambil pemain naturalisasi.
Baca Juga:
“Kita sedang mencari, tetapi belum jumpa (pemain yang bersesuaian). Malah, kita tiada pencari bakat yang pakar untuk (pemain) wanita dan ia tidak mudah, bukan macam mencari (pemain) lelaki.
“Jadi, saya seru andai sesiapa yang ada pencari bakat untuk cari pemain wanita yang kita boleh naturalisasikan, boleh ke depan dan kita akan usulkan kepada Setiausaha Agung FAM (Datuk Noor Azman Rahman),” katanya dalam Arena Metro.
Beberapa negara di Asia seperti Filipina sudah melaksanakan kaedah itu dengan mengesan pemain keturunan berkualiti di luar negara sehingga mereka…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: