Gesaan supaya Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin meletak jawatan rentetan isu surat layang baru-baru ini adalah satu tindakan yang kurang wajar dan bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk bola sepak Malaysia.
Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Datuk Ong Kim Swee berkata, dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa Datuk Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia sejak menerajui FAM pada 2018 adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta.

Baca Juga:
“Pihak yang menyuruh Datuk Hamidin letak jawatan itu mungkin lupa atau sebenarnya tak tahu yang ranking skuad Harimau Malaya ketika Datuk Hamidin mula menjadi Presiden FAM pada Julai 2018 ialah di tangga 171 dunia dan ia berjaya diperbaiki dengan cukup baik sehingga kita berjaya mencapai ranking terbaik iaitu 130 dunia pada tahun lalu. Ini satu kejayaan.
“Di zaman sekarang ini juga kita dapat melihat pasukan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
