Site icon Kool FM

FAM Nafi Jemput Russia Lawan Harimau Malaya

Harimau Malaya Malaysia FIFA


Aksi persahabatan antarabangsa melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Russia tidak jadi kenyataan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan telah menghantar jemputan kepada pasukan dari eropah itu.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman dalam laporan Berita Harian hari ini, badan induk itu tidak pernah mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan ranking ke-33 dunia itu.

Baca Juga:

“Setakat ini kita memang tiada mengatur perlawanan dengan pasukan Russia. Sekarang kita ada Pestabola Merdeka pada September.

“Oktober kita pergi away (aksi persahabatan di tempat lawan), itu pun dalam Asia juga dan setakat ini belum putuskan lagi siapa lawan Harimau Malaya. Pada November mungkin kita jemput Laos, Yaman atau Syria,” katanya kepada BH Sukan.

Dakwaan mengenai Harimau Malaya akan menentang Russia Oktober depan timbul apabila laman sosial Asean Football mendedahkan FAM telah menjemput pasukan dari eropah itu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version