Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

FAM Perlu Segera Pilih Presiden Baharu Demi Tangani Krisis

today8 October 2025

Background


Pemerhati sukan dan bekas Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Christopher Raj menggesa badan itu supaya segera mengadakan pemilihan presiden baharu tanpa perlu menunggu hingga tahun depan.

Desakan ini susulan krisis pemalsuan dokumen pemain warisan yang kini mencetuskan masalah besar dalam arena bola sepak negara.

Baca Juga:

FAM Seperti Tiada Hala Tuju

Menurutnya, badan induk bola sepak negara itu kini seolah-olah beroperasi tanpa arah tuju yang jelas berikutan kekosongan tampuk kepimpinan.

Ini menimbulkan persoalan tentang siapa yang akan mengetuai usaha rayuan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman berat yang dikenakan terhadap badan induk itu.

FAM

“FAM mesti segera memilih presiden baharu. Kita tidak perlu tunggu sampai tahun depan kerana sekarang tiada pemimpin. Sebuah persatuan yang tiada nakhoda.

“Dengan krisis yang sedang berlaku, siapa pemimpin yang akan membawa isu ini ke FIFA? Tiada,” katanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dito


Previous post