Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal melancarkan Pelan Kedua Tindakan Strategik Peta Hala Tuju F:30 2023-2026 yang dijadualkan pada hari Sabtu ini, 11 November 2023.
Artikel Berkaitan:
Pelan Kedua ini memfokuskan pada misi untuk menguasai Asia Tenggara (ASEAN) dan muncul antara pencabar utama di Asia.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, pelan fasa kedua itu akan dibentangkan pada majlis pelancaran itu nanti.
“Kita tunggu Sabtu ini, dekat situ kita akan nampak dengan jelas dalam pembentangan mengenai pencapaian fasa satu dan perancangan untuk fasa kedua,” katanya dipetik dalam Harian Metro.

Peta Hala Tuju F:30 dengan tempoh 12 tahun dibahagi kepada tiga Pelan Tindakan Strategik, iaitu fasa pertama 2019-2022, fasa kedua 2023-2026 dan fasa ketiga 2027-2030.
Pelan Pertama Tindakan Strategik 2019-2022 yang dilancarkan pada 31 Oktober 2018 memfokuskan untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: