Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Selepas menerima pelbagai reaksi daripada penyokong Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa harga tiket bagi dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Laos dan Singapura akan diturunkan kepada serendah RM30.
Isu penjualan tiket tersebut menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan baru-baru ini apabila FAM menetapkan harga yang terlalu mahal dan tidak mampu dibeli oleh seorang penyokong setia.
Bagaimanapun, FAM telah membuat keputusan untuk turunkan lagi harga tiket tersebut setelah mendengar keluhan daripada para penyokong.
Tiket Terbuka yang sebelum ini berharga RM50 dan RM45, kini diturunkan kepada RM30; tiket Premium yang sebelum ini berharga RM70 dan RM60, kini diturunkan ke RM50; tiket Grandstand yang sebelum ini berharga RM100 dan RM70, kini diturunkan ke RM60; manakala tiket kanak-kanak (6-12 tahun) yang sebelum ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
