Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil langkah proaktif apabila mewujudkan Program Kenali VAR bagi menyebarkan maklumat berkaitan protokol Video Bantuan Pengadil (VAR) yang baru sahaja dilaksanakan dalam saingan Liga Super 2024-2025.
Menurut kenyataan rasmi Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram, ia bertujuan untuk mendidik para peminat bola sepak di negara ini supaya dapat memahami perkara-perkara berkaitan VAR memandangkan ini musim pertama Liga Malaysia mengguna pakai teknologi ini.
Baca Juga:
“Menerusi program ini, FAM akan memuatkan info-info berkaitan protokol VAR dan info terkini VAR. Program Kenali VAR ini merupakan terbitan secara siri mingguan dan akan diurus selia oleh Unit Pengadil FAM,” kata Sivasundaram.

FAM juga dalam satu kenyataan juga berpuas hati dengan prestasi pengadil ketika pelaksanaan teknologi VAR di saingan Liga Super ini yang dilihat berjalan dengan lancar dimana para pengadil mengikut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: