Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman menegaskan pihaknya yakin padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan pulih lebih cantik sebelum aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada 26 Mac ini.
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon sebelum ini meluahkan rasa kecewa melihat keadaan terkini padang selepas melakukan lawatan ke venue berkenaan.
Baca Juga:
Bagaimanapun, pihak konsultan SNBJ memberi jaminan padang berkenaan akan berada pada tahap terbaik sebelum perlawanan bermula.
“Dia (Pan Gon) risau dalam keadaan sekarang masa lawatan kami di SNJB namun komitmen diberikan oleh kontraktor dalam masa dua minggu insya-Allah, benda (padang) itu akan pulih lebih cantik balik dan boleh pakai.
“Kita lakukan lawatan sekali (7 Mac) dan berpuas hati 100 peratus. Masa lawatan itu diadakan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pun ada sekali (jadi) tiada masalah sebab masih ada waktu,” kata Noor Azman dipetik dalam
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: