![]()
Kita tidak boleh menafikan penggunaan telefon pintar dan media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan anak-anak masa kini. Dari hiburan, komunikasi hinggalah proses pembelajaran, semuanya melibatkan dunia digital.
Namun, sebagai ibu bapa, tipulah kalau kita tak bimbang terutama sekali tentang keselamatan anak-anak di media sosial, masa skrin dan pengaruh luar yang mungkin menjebak anak-anak melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.
Kini, ibu bapa boleh menarik nafas lega kerana Meta telah memperkenalkan satu ciri khas dikenali sebagai Family Center untuk membantu ibu bapa memantau sekali gus menjadi lebih peka tentang aktiviti online anak-anak.


Family Center ialah ciri daripada Meta yang membolehkan ibu bapa memantau dan mengurus pengalaman digital anak-anak di platform seperti Facebook, Instagram dan Messenger.
Hanya menggunakan satu papan pemuka, ibu bapa boleh mengakses tetapan pengawasan dan melihat maklumat penggunaan serta mendapatkan panduan keselamatan digital….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: