PETALING JAYA – Rangkaian kedai serbaneka FamilyMart memperkenalkan konsep kedai terbaharu, Food Superstore sempena ulang tahun ke-5 yang menyediakan ruang lebih selesa buat pelanggan serta lebih 100 produk rangkaian baharu makanan.
Antara seleksi baharu yang ditawarkan adalah hidangan sampingan sedia dimakan, makanan sejuk beku, pencuci mulut dan makanan panas seperti Corn Sausage, Fried Pan, Croissant Sandwich dan Ramen.
Kini dua cawangan FamilyMart Food Superstore dibuka di Sri Petaling dan Bandar Puteri Puchong serta 20 lagi kedai berkonsepkan sama bakal dibuka menjelang hujung tahun ini.
Pengarah Eksekutif QL Resources Bhd. selaku operator FamilyMart di negara ini, Chia Lik Khai berkata, pihaknya bakal membuka fasiliti pengeluaran produk makanan baharu bagi menampung pertambahan cawangan FamilyMart di Malaysia yang kini berjumlah lebih 250 buah.
Jelasnya, fasiliti yang terletak berhampiran kilang pengeluaran makanannya sedia ada di Shah Alam itu dijangka memulakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
