Site icon Kool FM

Farah Izwana ceburi enam bisnes


PETALING JAYA – Gigih mencuba sehingga enam jenis bidang perniagaan pada awal umur 20-an memberi kelebihan kepada Pengasas FizzCahya Sdn. Bhd. (FizzCahya), Farah Izwana Sabar, 32, untuk terus berdiri kukuh berdepan dengan segala cabaran.

Beliau tidak serik meskipun berdepan pengalaman jatuh bangun dalam bisnes sehingga kerugian ratusan ribu ringgit, selain pernah diperleceh kenalan kerana dilihat seperti tiada hala tuju dalam hidup.

Tidak goyah dengan sindiran diterima, wanita berasal dari Batu Pahat, Johor ini menjadikan ia sebagai satu suntikan sema­ngat buat dirinya terus melangkah lebih jauh.

Ibu kepada seorang anak ini cukup serius meneroka enam bidang perniagaan diceburinya dengan mengambil kursus daripada pelbagai pusat pembelajaran termasuk GiatMara bagi melengkapkan dirinya untuk menawarkan perkhidmatan terbaik buat pelanggan.

Selain bidang seni jahitan yang dipelopori ketika berumur 23 tahun, Farah juga aktif dalam bidang masakan khususnya pembuatan kek serta bidang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version