Site icon Kool FM

Farid Kamil Diarah Bayar Denda RM5,500 Sebagai Ganti Hukuman Penjara 13 Bulan

50A7E597-90A4-453E-A04E-2F80DC7B4125




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Farid Kamil Zahari atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar denda sebanyak RM5,500 sebagai ganti kepada hukuman penjara 13 bulan.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor berkata bahawa beliau mengambil kira rayuan Farid terhadap hukumannya setelah perayu membayar pampasan dalam bentuk kompaun kepada dua, termasuk anggota polis tersebut.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Farid turut memohon maaf di atas kesalahannya melibatkan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di balai polis.

Mahkamah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000, manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan kata tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Untuk rekod, pada 2 Jun lalu, beliau dijatuhkan hukuman penjara 13 bulan oleh majistret Nor Ariffin Hisham di atas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version