Site icon Kool FM

Farid Kamil Enggan Bercerai, Diana Danielle Anggap Ia Tindakan Memualkan

Farid Kamil Enggan Bercerai, Diana Danielle Anggap Ia Tindakan Memualkan


Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, memerintahkan pasangan selebriti, Farid Kamil, 43, dan Diana Danielle, 33, melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan cerai.

Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin memerintahkan demikian bagi bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga menerusi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit, lapor Harian Metro.

Baca Juga:

Mahkamah menetapkan tarikh 24 Mac tahun depan untuk sebutan semula dan laporan JKP bagi kedua-dua pihak.

Semasa prosiding pagi tadi, Diana diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, manakala Farid diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Sementara itu, Diana menyifatkan tindakan suami, Farid Kamil, memanjangkan prosiding tuntutan perceraian sebagai memualkan, petik Utusan.

Ini kerana dia sudah memberi peluang kepada suami untuk memperbaiki rumah tangga, namun Farid mensia-siakan kesempatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version