PETALING JAYA – Cell AgriTech Sdn. Bhd. bakal menubuhkan fasiliti penghasilan daging kultur pertama di Malaysia, bertempat di Pulau Pinang menjelang akhir suku tahun keempat 2024, melibatkan pelaburan RM20 juta.
Syarikat itu bakal melancarkan produk daging kultur pertamanya pada Mei 2025.
Pengasas dan Naib Presiden Penghasilan, Kumpulan Syarikat Cell AgriTech, Jason Ng berkata, daging kultur adalah daging yang dihasilkan daripada pembiakan sel tisu haiwan dalam persekitaran makmal terkawal.
“Ini berbeza daripada kaedah penternakan haiwan konvensional yang melibatkan pemeliharaan dan penyembelihan haiwan.
“Hasil kaedah bioteknologi ini adalah replika daging sebenar yang berpotensi menawarkan rasa, tekstur, dan nilai pemakanan yang sama seperti daging yang diperoleh melalui kaedah penternakan konvensional,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena Persidangan pertama daging kultur Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.
Ng berkata,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
