PETALING JAYA – Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) telah mencipta satu lagi detik bersejarah dalam industri aeroangkasa apabila fasiliti ujiannya disahkan sebagai hab kalibrasi rantau Asia Pasifik untuk produk-produk ujian oleh Testia, anak syarikat Airbus.
Melalui Perjanjian Perkhidmatan Induk antara CTRM dan Testia baru-baru ini, anak syarikat CTRM iaitu CTRM Testing Laboratory Sdn. Bhd. (CTRM TL) telah dipilih sebagai hab kalibrasi pertama untuk produk ujian Testia di rantau Asia-Pasifik dan yang pertama di luar pangkalan Testia di Toulouse, Perancis.
Perkhidmatan lain yang akan disediakan termasuk latihan Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing), program Akademi Kadet NDT untuk pembangunan tenaga kerja bertauliah melalui latihan teori dan di tempat kerja, serta pengedaran produk Testia di rantau Asia-Pasifik.
Ketua Pegawai Eksekutif CTRM, Shamsuddin Mohamed Yusof berkata, melalui perjanjian ini, CTRM TL akan menawarkan perkhidmatan makmal untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
