Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Fattah Amin Dapat Kerja Di Pak Mat Western

today20 November 2024

Background


Pak Mat Western melantik Fattah Amin sebagai Ketua Pegawai Pemasaran mereka yang baharu.

Fattah Amin sebelum ini beberapa kali muncul dalam sesi jualan langsung di media sosial Pak Mat Western dan membantu mereka mencatatkan rekod jualan ketika sesi siaran langsung.

Ketika sesi jualan juga, Fattah Amin membantu Pak Mat Western meraih 25 juta sukaan pada ketika itu.

Fattah Amin juga pernah mendermakan keseluruhan komisyen yang dia dapat daripada jualan kepada badan kebajikan. Membuatkan dia meraih pujian netizen.

Pengarah Urusan Pak Mat Western, Nur Qaiyum Muhamad berbesar hati mengumumkan pelantikan Fattah Amin. Dan diharap akan dapat membantu dalam merancang dan melaksanakan jualan produk dengan lebih pesat.

Fattah Amin juga diharap akan dapat membangunkan dan mengembangkan lagi strategi jualan serta pemasaran usahawan menerusi pelbagai platform termasuk media massa dan media sosial Pak Mat Western.

Dipetik dari laman Malaysia Gazette, Nur Qaiyum…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post