Difahamkan, ia hasil jualan ketika live yang dilakukannya bersama sebuah jenama daging perap terkenal baru-baru ini.
Menerusi perbualan WhatsApp di akaun Instagram @pakmatwesterncafe, mereka mendedahkan tentang pengagihan komisyen kepada pelakon berkenaan.
Sewaktu ditanya pada Fattah, akaun mana yang harus dimasukkan bagi wang komisen tersebut, Fattah meminta supaya wang itu diberikan untuk infak dan minta diuruskan oleh jenama berkenaan.
“Alhamdulillah. Terima kasih bos. Cuma saya nak minta tolong urusan wang komisen tersebut boleh? Infak kepada orang yang memerlukan,” jelas Fattah.
Bagaimanapun, jenama itu tidak mendedahkan berapa jumlah komisen yang diterima Fattah dan memberitahu agar perkongsian tersebut menjadi inspirasi buat ramai di luar sana.
“Pak Mat kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil 1 sen atas hasil penat lelah menjual kambing.
“Tapi, Pak Mat bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan. Pak Mat minta izin untuk kongsi buat inspirasi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: