Kool FM

Fauzi Nawawi, Shaheizy Sam Bersatu Dalam Filem Pendek ‘Neon: Warna Kehidupan’


Pelakon Fauzi Nawawi bersama beberapa aktor lain termasuk Shaheizy Sam dan Ebby Yus tampil menerusi filem pendek berjudul Neon: Warna Kehidupan.

Filem pendek Neon: Warna Kehidupan

Filem pendek arahan pelakon dan pengarah, Raja Azrey ini mengangkat genre drama nostalgia dengan suntikan elemen emosi dan aksi ringan, mengupas tema kasih seorang ayah, nilai kenangan, serta pertembungan prinsip hidup antara generasi.

Neon: Warna Kehidupan mengisahkan Azad (lakonan Fauzi Nawawi), seorang lelaki kampung yang kembali ke rumah pusaka arwah ayahnya (Ebby Yus) bersama isterinya, Jannah (Lisdawati), selepas hilang pekerjaan di kota. 

Di rumah usang itu, Azad menemui kembali motosikal RX-Z peninggalan ayahnya. Motosikal tersebut bukan sekadar jentera usang, tetapi simbol kasih dan pengorbanan seorang ayah yang tidak pandai meluah kata.

Namun, nilai sentimental itu tidak dikongsi isterinya. Bagi Jannah, RX-Z tersebut hanyalah aset yang boleh dijual. Tanpa pengetahuan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version