Site icon Kool FM

Fazlina Ahmad Daud Dedah Ada Produksi Suruh Dia Pakai Tudung


Pelakon veteran, Fazlina Ahmad Daud mengkritik permintaan dalam industri tv di Malaysia sehingga ada yang menyuruh dia membuka tudung.

Pihak produksi menurutnya seringkali meletakkan syarat pelik dan menyusahkan ramai pihak sehingga pening.

Fazlina mendedahkan bahawa dia pernah diminta untuk membuka tudung dan kemudian diminta untuk memakai balik tudungnya oleh syarikat produksi.

Keadaan itu membuatkan dia kadangkala pening, mana satu yang betul, perlu buka tudung atau tidak.

Ini kerana ketika dia dahulu tidak bertudung, dia diminta untuk bertudung untuk menjayakan sesuatu watak. Kemudian, selepas dia bertudung, ada pula yang meminta Fazlina Ahmad Daud membuka tudung.

Sudah tentunya dia tidak mahu berbuat demikian. Fazlina Ahmad Daud meluahkan perkara itu menerusi perkongsian di Instagram miliknya. Dan ianya meraih perhatian para pengikutnya.

Dipetik daripada Harian Metro, Fazlina berkata: “Bila ‘free hair’ (tak bertudung), mereka suruh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version