Site icon Kool FM

Fazura Tak Pernah Keluar Kenyataan Tentang Permohonan Cerai


Pihak Fazura menafikan sama sekali pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan permohonan cerai terhadap Fattah Amin.

Menurut kenyataan daripada pengurus Nur Fazura, Iman Tang, proses perceraian tersebut dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) perundangan negara.

Oleh itu kedua dua pihak tak pernah berkongsi secara terbuka atau kepada umum tentang butiran lanjut atau tarikh prosiding kepada umum.

Selain itu terdapat banyak spekulasi tentang punca rumah tangga mereka bergolak. Dan versi tersebut dianggap rekaan sesetengah pihak yang mahukan sensasi.

Iman Tang menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang isu berkaitan kemelut rumah tangga Fattah Amin dan Fazura.

Ia sebagai respon daripada laporan media bahawa Fazura memohon cerai terhadap Fattah Amin dan mahu berpisah secara baik. Kes…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version