Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

FC Spicegals Pamer Aksi Mantap Muncul Juara RSC International Soccer 7s

today4 August 2025

Background
FC Spicegals


Kelab bola sepak wanita, FC Spicegals mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara sulung Kejohanan RSC International Soccer 7s selepas menewaskan Selangor FC 2-0 dalam aksi final di Padang Kelab DiRaja Selangor, Bukit Kiara pada Ahad lalu.

FC Spicegals yang dibarisi pemain-pemain dari skuad Liga Wanita FAS mempamerkan aksi mantap bermula dari peringkat kumpulan hingga layak ke final dan berjaya bergelar juara yang dianggap sebagai persediaan terbaik ketika pasukan berada di luar musim.

Baca Juga:

Kejayaan Manis Buat FC Spicegals

Pengurus Besar FC Spicegals, Aisha Wilkinson nyata gembira dengan kejayaan ini lebih-lebih lagi apabila itu adalah sasaran utama kelab ketika menyertai kejohanan ini selain berjaya menewaskan pasukan yang lebih berpengalaman seperti Selangor FC.

“Kami hanya ada satu sasaran apabila menyertai kejohanan ini iaitu untuk menjadi juara. Terima kasih kepada para pemain, kami berjaya mencapainya dan saya boleh katakan kami…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post