Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Fella Design Johor lancar Koleksi Rumah Ladang

today20 August 2025

Background


PETALING JAYA – Jenama perabot tempatan, Fella Design melancarkan Koleksi Rumah Ladang yang telah lama ditunggu-tunggu di bilik pameran mereka di Jalan Tebrau, Johor Bahru yang baharu diubah suai baru-baru ini.

Diinspirasikan oleh nostalgia masa lalu, koleksi tersebut mengambil nilai tradisional yang ditafsirkan semula melalui lensa moden.

Dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Classic Cottage, Rustic Farmhouse dan Modern Farmhouse, setiap konsep disusun rapi dengan pengalaman Fella Design hampir 40 tahun dalam upholsteri.

Ketua Pegawai Eksekutif Fella Group, Yu Kong Cing berkata, langkah pengubahsuaian tersebut lebih daripada penampilan luaran, sebaliknya ia mencerminkan komitmen syarikat kepada pelanggannya di Johor.

“Dengan Koleksi Rumah Ladang, kami komited untuk mencipta kediaman yang terasa mesra, berkekalan dan unik.

“Kami teruja untuk menyambut kehadiran pelanggan di bilik pameran Johor Bahru kami yang baharu diubah suai dan mengalami pengalaman koleksi ini sendiri…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post