Kool FM

Fella Design lancar Koleksi Rumah Ladang di Pantai Timur


PETALING JAYA – Jenama sofa tempatan, Fella Design baru-baru ini melancarkan Koleksi Rumah Ladang yang ditunggu-tunggu untuk pasaran Pantai Timur.

Bertempat di Fella Design Kuala Terengganu, majlis pelancarannya meraikan pelanggan setia jenama berkenaan, yang telah beroleh pandangan pertama di bilik pameran yang baharu diubah suai.

Diilhamkan oleh nostalgia masa lalu, koleksi itu dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Klasik Kotej, Rumah Ladang Desa dan Rumah Ladang Moden, masing-masing disusun teliti untuk menggabungkan kepekaan tradisional dengan ekspresi kontemporari.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fella, Yu Kong Cing berkata, melangkah masuk tahun ke-40 operasi, pihaknya telah mengambil masa untuk merenung kembali keberadaan dalam pasaran.

Pasukan Fella Design di cawangan Kuala Terengganu.

“Kami bersyukur kerana masih melakukan perkara baharu dan menarik pada usia 40 tahun!” katanya dalam satu kenyataan.

Fella Design mencapai tahun ke-40 operasi pada Mac 2026….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version