SHAH ALAM – Bagi mereka yang masih tercari-cari perabot sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Fella Design ada menawarkan koleksi terbaharu bertemakan konsep Farmhouse (Rumah Ladang) serta klasik.
Koleksi terbaharu ini didatangkan dengan tiga pilihan iaitu Classic Cottage (Pondok Klasik), Rustic Farmhouse (Rumah Ladang Desa) dan Modern Farmhouse (Rumah Ladang Moden).
Ketua Pemasaran Fella Design, Nicole Chen berkata, koleksi terbaharu itu menggabungkan konsep dalam tradisi gaya Rumah Ladang Amerika yang kekal popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Malah katanya, koleksi itu juga menampilkan butang ikonik ‘Chesterfield’ yang menyerlahkan daya tarikan nostalgia serta antik.
“Setiap koleksi disusun dengan teliti untuk menggabungkan unsur tradisional bersama kontemporari.
“Konsep Rumah Ladang sangat cantik, ia direka untuk menarik kedua-dua generasi sama ada yang tua mahupu yang muda. Koleksi Classic Cottage dan Rustic Farmhouse adalah sesuai untuk golongan pertengahan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: