Bintang Barcelona, Fermin Lopez memberi amaran kepada rakan sepasukannya agar bersedia menghadapi perlawanan sukar apabila mereka kini mengalihkan fokus kepada kunjungan mencabar ke Stadium St James’ Park milik Newcastle United dalam saingan UEFA Champions League (UCL) pada awal pagi esok.
Gergasi Catalan itu meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Athletic Club dalam aksi La Liga pada malam Sabtu.
Namun, kemenangan sukar tersebut tidak boleh terlalu untuk diraikan apabila skuad itu perlu segera mengalihkan perhatian kepada cabaran besar yang menanti ketika menentang Newcastle.

Pemain tengah itu mengakui bahawa sifat fizikal pasukan English Premier League (EPL) serta aura di stadium keramat tersebut menjadi kebimbangan utama bagi skuad Blaugrana.
Fermin Lopez Waspada Ancaman Newcastle
“Kami menghadapi perlawanan ini dengan semangat yang tinggi selepas kemenangan sebelum ini,” ujar Fermin Lopez menurut sumber laporan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: