PETALING JAYA – Gastro Groove Fest, sebuah festival yang julung kali dibawakan dengan menggabungkan makanan, pesta muzik dan budaya akan diadakan di Taman Jubli Emas, Alor Setar, Kedah.
Festival yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini bertujuan untuk mempromosikan makanan tradisional Kedah, disamping mengangkat elemen muzik dan budaya tempatan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gastro Groove Fest, Ally Isyraf, Gastro Groove Fest bukan sekadar pesta, ia adalah ruang bagi komuniti untuk berhubung, berkongsi budaya dan memupuk perpaduan.
“Acara ini adalah sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Kedah 2025 yang bertujuan memperkayakan tawaran pelancongan negeri ini.
“Kami mahu memperkenalkan semula keunikan budaya Kedah kepada dunia sambil menggalakkan penglibatan belia dalam pelbagai aktiviti yang membina,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pada festival itu juga, pengunjung boleh menikmati sajian asli Kedah yang disediakan oleh pengusaha tempatan.
Selain…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: