Site icon Kool FM

FFF Desak Idrissa Gueye Jelaskan Sebab Tak Mahu Bermain Dengan Jersi Pelangi




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pemain tengah Paris St German, Idrissa Gana Gueye telah diarahkan untuk memberikan penjelasan tentang laporan bahawa dia tidak mahu turun bermain dengan jersi ada elemen pelangi yang menyokong gerakan LGBTQI+.

Pemain antarabangsa Senegal itu tidak mahu beraksi pada Sabtu minggu lalu ketika PSG menang 4-0 ke atas Montpellier atas sebab peribadi.

Mauricio Pochettino tidak mahu mengulas lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan masalah peribadi itu namun pengurus itu cuma berkata: “Dia ada bersama kami [di hotel] namun dia tidak dapat bermain, dan dia tidak cedera.”

RMC melaporkan bahawa pemain itu tidak mahu bermain dengan jersi yang ada elemen pelangi. Kerana larangan agamanya yang tidak menyokong LGBT.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version