PETALING JAYA – FGV Holdings Berhad (FGV) melancarkan produk pertanian terbaharunya, ‘Ayam Kampung’ di bawah jenama Ladang’57.
Ia adalah sebahagian daripada komitmen FGV untuk memenuhi permintaan pasaran bagi ayam segar, disamping menyumbang kepada agenda keselamatan makanan negara.
Dengan kerjasama rakan kongsi pemasaran dan pengedaran FGV, AEON BiG (M) Sdn. Bhd. (AEON BiG), Ayam Kampung Ladang’57 akan dipasarkan di 21 pasar raya besar AEON BiG di seluruh Semenanjung.
Ayam-ayam ini diternak secara semulajadi tanpa menggunakan suntikan hormon atau antibiotik, serta menjalani pelbagai proses pembersihan seperti penyembelihan yang halal dan pembersihan menyeluruh sebelum dibungkus.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nazrul Mansor berkata, sebagai syarikat makanan dan perniagaan tani terulung di negara ini, pihaknya komited untuk mengeluarkan produk makanan premium dan berkhasiat pada harga yang berpatutan.
“Bagi fasa pengenalan ini, kami menyasarkan untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
