Kool FM

FIFA Akan Kaji Semula ‘Hydration Break’ Selepas Terima Banyak Kritikan


Rehat hidrasi (hydration break) yang pertama kali diperkenalkan pada Piala Dunia 2026 disifatkan oleh Ketua Pembangunan Bola Sepak Global FIFA, Arsene Wenger tidak menjejaskan kelancaran permainan dan tidak memberi sebarang kesan terhadap keputusan perlawanan.

Walaupun berpendapat sedemikian, Wenger mengakui bahawa masa depan penggunaan rehat tersebut masih belum diputuskan.

Rehat selama tiga minit yang diberikan pada pertengahan setiap separuh masa itu diwajibkan oleh FIFA dalam setiap perlawanan Piala Dunia kali ini, tetapi pelaksanaannya masih belum menjadi amalan biasa dalam semua pertandingan bola sepak di seluruh dunia.

Klopp
Kredit Foto: Fran Santiago / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP

Namun menurut sumber laporan ESPN, rehat hidrasi itu dijangka menjadi antara topik utama dalam rundingan hak penyiaran pada masa akan datang.

Hal ini kerana pihak penyiar melihat tempoh rehat tersebut sebagai peluang untuk menyiarkan ruang komersial…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version