Site icon Kool FM

FIFA Bakal Buat Kesilapan Besar Jika Singkir Presiden

Infantino


Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tampil memberikan sokongan terbuka kepada Presiden FIFA, Gianni Infantino yang kini berdepan tekanan dan kritikan daripada beberapa pihak dalam dunia bola sepak.

Trump menyifatkan Infantino sebagai individu penting kepada kejayaan FIFA dan memberi amaran bahawa badan induk bola sepak dunia itu akan melakukan kesilapan besar sekiranya mempertimbangkan untuk menggantikannya.

“FIFA akan melakukan satu kesilapan besar jika, atas apa jua sebab sekalipun, mereka mempertimbangkan untuk menggantikan Presiden Gianni Infantino,” kata Trump.

Trump turut memuji kepimpinan Infantino dengan menyifatkan beliau sebagai seorang yang hebat.

Menurut Trump, Infantino baru sahaja mempengerusikan Piala Dunia yang paling berjaya, malah mendakwa kejohanan tersebut jauh lebih berjaya berbanding mana-mana Piala Dunia sebelum ini.

“Beliau seorang yang hebat. Beliau baru sahaja mempengerusikan Piala Dunia paling berjaya, empat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version