Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menafikan mereka akan memindahkan ibu pejabatnya ke Indonesia.
Menurut laporan NST, sumber memberitahu mereka bahawa pejabat badan bola sepak dunia itu di KL Eco City akan beroperasi seperti biasa.
Baca Juga:

Pejabat FIFA Kekal Di Kuala Lumpur
“Pejabat badan itu di Kuala Lumpur kekal beroperasi seperti biasa dan tidak akan dipindahkan ke Jakarta.
“Khabar angin yang beredar ketika ini tidak berasas”, kata sumber tersebut.

Ibu pejabat serantau badan itu di Kuala Lumpur telah aktif sejak awal 2018 dan beroperasi di bawah inisiatif Forward Program.
Pejabat itu kini diketuai oleh Sanjeevan Balasingam, pengarah bagi rantau Asia-Oceania.
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: