Semalam peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita enam kelab Liga Malaysia menerima hukuman larangan pendaftaran pemain baharu dan sekatan perpindahan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Dua pasukan yang bersaing dalam Liga Super musim 2024-2025 turut terlibat iaitu Kuala Lumpur City (KL City) dan Kedah Darul Aman (KDA FC).
Baca Juga:
Hukuman ini dikenakan kerana kegagalan mereka melunaskan tunggakan gaji pemain selama beberapa bulan sejak tahun lepas.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard mengesahkan hukuman yang dikenakan ke atas pasukannya telah ditarik balik selepas menerima surat rasmi daripada FIFA.
“KL City FC sudah lunaskan (hutang bekas pemain) pada 27 Mac, jadi KL City FC sudah dibebaskan daripada sekatan pendaftaran pemain,” kata Stanley dipetik dalam Berita Harian.
🚨KL City bebas daripada Transfer Ban. FAM sudah menerima pengesahan daripada FIFA mengenai penarikan balik perintah larangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
