
Dalam kesibukan gaya hidup moden, nilai asas seperti saling mengenali, empati dan hubungan sesama insan semakin terpinggir tanpa kita sedari.
Namun, sempena musim perayaan ini, Tenaga Nasional Berhad tampil dengan sebuah karya yang mengingatkan kita kembali kepada perkara yang paling penting dalam kehidupan, iaitu hubungan manusia.
Menerusi filem raya terbaharu berjudul Raya Pertama, TNB mengangkat kisah yang dekat dengan realiti masyarakat Malaysia, menyentuh soal penerimaan, penyesuaian dan keikhlasan dalam membina hubungan, terutamanya dalam konteks keluarga dan komuniti.
Filem ini mengisahkan Adam, seorang mualaf berbangsa Cina yang menyambut Hari Raya Aidilfitri pertamanya di kampung halaman isterinya, Maria. Dalam suasana yang penuh kemeriahan, Adam berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan keluarga baharu dan persekitaran yang masih asing baginya.
Namun, segalanya mula berubah apabila dia bertemu dengan Ujang, seorang kanak-kanak yang ceria dan peramah. Melalui…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: