Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang selepas berjaya melangkah ke final Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2025.
Beraksi di Singapore Indoor Stadium, Kallang yang turut mendapat sorakan penyokong Malaysia, Aaron dan Wooi Yik bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan bekas beregu nombor satu dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
Baca Juga:
Ini merupakan kemaraan ke pentas final buat kali ketiga berturut-turut dalam siri World Tour dilakarkan Aaron-Wooi Wik dimana sebelum ini mereka menjuarai Terbuka Thailand dan naib juara Malaysia Masters.
Lebih manis, ia merupakan kemenangan ke-10 buat Aaron-Wooi Yik dalam 13 pertemuan menentang lawan tersebut.
Aksi menarik dengan permainan saling kejar-mengejar mata dijelmakan oleh kedua-dua pasangan yang terikat 18-18.
Kesilapan dilakukan pasangan negara itu pada saat genting membolehkan Rankireddy-Shetty menang set pertama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
