Suasana panas tercetus di luar Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) petang tadi apabila penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC bertembung sebelum aksi final Piala Malaysia 2025/26 sebentar lagi.
Insiden bermula apabila kumpulan penyokong kedua-dua pasukan melalui laluan yang sama di kawasan pintu masuk penyokong Sri Pahang.
Provokasi antara mereka mencetuskan pergaduhan singkat yang melibatkan tumbuk-menumbuk, balingan suar serta kon jalan.
Menurut seorang saksi seperti dilaporkan sumber Harian Metro, pergaduhan itu hanya berlangsung sekitar tiga minit sebelum pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan dan meleraikan ketegangan.
“Mula-mula penyokong JDT datang, penyokong Sri Pahang bertindak agresif apabila berjumpa dengan penyokong JDT. Bertumbuk sekejap saja dalam tiga minit,” ujar saksi tersebut.
Kejadian tersebut menimbulkan sedikit kekecohan, namun situasi di sekitar stadium kembali tenang selepas campur tangan pihak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: