KULIM – First Grade Resources Sdn. Bhd. (First Grade) telah melabur sehingga RM25 juta untuk membangunkan kilang terbaharunya di Jalan Junjung di sini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mukhlis Zulkifli berkata, kilang pengeluaran berasaskan pengilang peralatan asal (OEM) untuk produk minuman dan kosmetik yang melibatkan kawasan seluas 1.2 hektar itu akan dapat menampung keperluan jumlah permintaan yang tinggi daripada para pelanggannya.
“Bagi penghasilan produk di kilang lama, syarikat hanya dapat menghasilkan sebanyak 100,000 unit produk dalam masa sebulan disebabkan kekurangan mesin serta tempat penyimpanan.
“Namun dengan adanya peralatan dan teknologi baharu di kilang baharu ini, proses pembuatannya semakin cepat dan melibatkan sejumlah kuantiti yang besar.
“Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini syarikat hanya menghasilkan 20,000 unit produk seminggu, kini angka tersebut meningkat kepada 50,000 unit seminggu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
