Sejak kerajaan umumkan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB), banyak spekulasi dan salah faham yang timbul. Ada yang kata ia ancaman kepada Tanah Rizab Melayu, ada yang takut rumah mereka akan dirampas, malah ada juga yang fikir PSB ni sebenarnya cubaan kerajaan pusat nak ambil kuasa negeri.
Tapi, kalau kita betul-betul faham isi sebenar PSB, kita akan nampak bahawa semua dakwaan tu tak berasas. Hakikatnya, PSB diwujudkan untuk melindungi rakyat bandar dan membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk hidup dengan lebih baik, selesa dan bermaruah. Ayuh, kita bongkarkan satu persatu.
Pemilik Asal Tidak Akan Terpinggir, Malah Dapat Lebih Baik!

Salah satu mitos paling popular ialah kononnya pemilik asal akan hilang hak bila projek PSB dilaksanakan. Sebenarnya, pemilik asal dijamin akan kembali ke kediaman baru selepas projek siap.
Bezanya dengan sistem lama, pampasan kali ini lebih menyebelahi rakyat. Dulu, pampasan hanya ikut harga semasa. Contohnya, kalau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: