Site icon Kool FM

FMM sokong pelaksanaan semula GST


PETALING JAYA – Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) meng­alu-alukan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membayangkan untuk memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar yang tidak membebankan rakyat.

Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, pihaknya berpanda­ngan GST adalah rejim cukai yang lebih telus dan berkesan berbanding cukai jualan dan perkhidmatan selain mampu memperluaskan asas hasil negara, seterusnya mengurangkan nisbah hutang kerajaan serta mempercepatkan langkah penyatuan fiskal.

“Berdasarkan tinjauan yang dijalankan FMM mengenai pe­ngenalan semula GST pada Mei 2020, sebanyak 499 syarikat yang memberi respons menyokong kuat GST kerana ia menyediakan struktur cukai lebih adil dan menghapuskan elemen pengkompaunan cukai yang se­ring ada pada SST.

“Eksport Malaysia juga akan menjadi lebih berdaya saing ke­rana tiada GST dikenakan ke atas eks­port barangan dan perkhidmatan, manakala kos GST ke atas input…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version